BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 20, 2010

PKR MASIH KUKUH?????

Adakah setelah beberapa pengumuman keluar dari parti dibuat PKR masih kukuh?????Sudah ramai yang keluar pun masih mau berlagak ke??


KESIAN LA kepada yang keluar tu, dengar KATA..semua bermasalah dalam PKR????

Timbul tanda tanya??Yang keluar tu kah yang bermasalah???Atau yang keluar itu akan membawa masalah????SEBAB????They all ni dah tahu DUDUK SEBENARNYA PERJUANGAN PKR ni?????
PERJUANGAN PKR = PERJUANGAN ANWAR!!!!!!!ANWAR SENANG-LENANG...KORANG TERLINGKUP.....

Tak tahu nak ucap TAHNIAH ke..TERIMA KASIH ke?or pape je la ucapan kepada yang DAH SEDAR dan KELUAR PKR ni...nak wish PADAN MUKA pun BOLEH je agaknye..

Yang keluar PKR masuk BEBAS ke parti lain ok la tu...tp, yang MASUK UMNO ni....APA la AGENDA you ALL.

Friday, March 12, 2010

CAKAP-CAKAP NIK AZIZ

Kenyataan Datuk Nik Aziz kononnya mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ejen UMNO,...membuat GPS Pu3 tertanya-tanya...siapakah ejen kepada siapa sebenarnya??????

Thursday, March 11, 2010

Temberang Jadi Bahan Ketawa


KUALA LUMPUR: Jangkaan pertumbuhan lima peratus ekonomi Malaysia pada 2010 bukan paling lembab di rantau ini, malah ekonomi Malaysia tidak retak dan tidak akan berkecai seperti didakwa Anwar Ibrahim di dalam media yang menjadi organ propaganda politik pakatan pembangkang.

Malah beliau menjadi bahan ketawa ramai pakar ekonomi, pensyarah, pelajar dan graduan jurusan ekonomi apabila dilaporkan berkata “Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak.”

Organ propaganda pembangkang turut melaporkan Anwar berkata: “Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia.”

Sebaliknya, fakta menunjukkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) Singapura menjangkakan pertumbuhan ekonominya 3 – 5% tahun ini, Indonesia 5% (Presiden Bambang Susilo Yudhoyono), Filipina 1.6 – 3.6% (Neda, Filipina), Korea Selatan 3.2% (Business Monitor International – BMI), Taiwan 3.5% (BMI), Vietnam 6.5% (Bank Pembangunan Asia), India 8% (Laporan Pertumbuhan Kewangan Global, Bank Dunia) dan China 8% (Bank Dunia).

Seolah-olah kalau ekonomi Malaysia baik, rakyat bertambah yakin dengan suasana ekonomi dan rakyat mendapat manfaat itu membahayakan negara ini. Malah sikapnya mungkin lebih baik ekonomi retak, merudum dan berkecai lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Menurut Anwar di dalam laporan organ pembangkang, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

“Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

“Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba,” katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini (malaysiakini.com).

Sebenarnya pakar ekonomi dan ramai yang berpengetahuan mengenai asas ekonomi dapat membuat analisa terhadap pelbagai fakta dan perangkaan yang dibekalkan oleh Kerajaan, institusi perbankan, akhbar perniagaan dan pertubuhan penganalisis antarabangsa. Malah jangkaan boleh dibuat.

Ahli perniagaan sendiri membuat jangkaan supaya mereka tidak ketinggalan merebut peluang apabila ekonomi mula berkembang dan tumbuh pesat kelak. Pelabur India sendiri berminat melabur di Malaysia selepas mengetahui jangkaan daripad pelbagai pihak. Demikian juga pelabur Singapura dan Asia Barat yang mencari peluang di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor.

Vateran UMNO, Datuk Fuad Hassan berpendapat, pembangkang cuba merosakkan imej negara, imej kerajaan dan memang berharap sangat ekonomi meleset dan merudum supaya berlaku susulannya kejatuhan politik seperti yang pernah berlaku di beberapa negara jiran dan Jepun.

Tetapi, jelasnya, ekonomi Malaysia pernah merudum teruk pada 1997-1998, kalau pun merosot lagi tidaklah seteruk merudum begitu. Kemelesetan ekonomi negara akibat pengecutan ekonomi di Amerika dan dunia sudah berlalu di kebanyakan negara serantau.

Kini, tegasnya, ekonomi Malaysia pulih. Jangkaan asalnya negara kita negatif atau susut pada suku keempat 2009, tetapi kini luar jangkaan, kita catat kadar positif, ia tumbuh dan berkembang 4.5%.

Jadi, beliau mempersoalkan, mengapa ada rakyat Malaysia yang ingin sangat melihat ekonomi retak dan berkecai. Adakah itu tidak baik kepada rakyat Malaysia atau memang mereka meluat melihat Malaysia maju dan rakyat mendapat manfaatnya? Bukankah Malaysia ini tanah tumpah, negara dan tempat mereka hidup senang kini?

Fuad seterusnya memberitahu, memang strategi pembangkang ialah serang dan terus serang musuh politik mereka iaitu kekuatan UMNO-BN seperti Perdana Menteri mahupun pencapaian Ahli Jemaah Menteri dan prestasi kakitangan awam.

Tentunya kakitangan awam dan masyarakat peniaga tidak senang melihat telatah dan reaksi begini. Malaysia mencatat ekonomi positif dikatakan ‘retak’, Malaysia menuju pertumbuhan dan kemajuan ekonomi dikatakan akan ‘berkecai’.

Laporan organ propaganda pembangkang itu melaporkan seolah-olah Anwar anggap perbelanjaan Kerajaan Pusat meransang ekonomi negara satu kesalahan dan kesilapan.

Yang pastinya banyak negara berbuat demikian, malah Amerika Syarikat sendiri berbelanja menyelamatkan syarikat gergasi untuk memastikan ekonominya selamat. Malah, kerajaan yang tidak menyelamatkan ekonomi dan tidak meransangkan ekonomi kecil, besar mahupun negara adalah tidak bijak, bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri merancang, meransang dan menyelematkan ekonomi. Jika tidak rakyat tidak mendapat kebajikan, malah sengsara hidupnya.

Sejak 2008, pakatan pembangkang dan media organ propaganda mereka menjadi bahan ketawa ramai kerana rancangan ajak lompat parti, Pelan 16 September untuk ambil alih Kerajaan Pusat dan cemuhan apabila YB mereka keluar Dap dan PKR.

Akhir sekali, ketika Dap menerajui dan berpakat dengan PKR dan Pas memancing undi daripada perpecahan undi Melayu dan Bumiputera, dan merancang persepsi buruk terhadap UMNO-BN, rakyat kini menyaksikan semua kebatilan, dakwaan, propaganda dan isi hati pemimpin pembangkang. -UMNONews

Wednesday, March 10, 2010

ANWAR KAKI BODEK..KAKI "KOREK"

Saturday, March 6, 2010

ANTARA GOLONGAN YANG FRUST DENGAN PAKATAN RAKYAT...HUHUUUHUHHHHUUUU...

ZULKIFLI NORDIN.....